Sunday, July 6, 2014

JAMINAN 100% WANG DIKEMBALIKAN TANPA SOALAN! BANTU ANDA ATAU KENALAN DAN SAUDARA TANPA SEBARANG RESIKO!




Waswas merupa satu penyakit yang amat merbahaya 
kepada individu muslim.
 Walaupun ianya kelihatan seperti suatu hiburan kepada
 sesetengah orang namun
 pada individu yang menghadapinya ianya adalah satu
 seksaan yang amat sukar
 untuk dihadapi. Di samping individu tersebut, keluarganya
 juga akan menghadapi
 kesukaran dalam menjalani kehidupan harian. kesannya 
amat mendalam sehingga
 membawa kepada ahli keluarga menjadi porak peranda.
Suami bermasam muka
 dengan isteri, isteri bermasam muka dengan suami, 
anak-anak dengan ibu atau
 ayah dan kadang kala membawa pertengkaran 
sesama ahli keluarga.

Was-was biasa pada perkara-perkara berikut;
1. Taharah (bersuci) terutama selepas membuang 
air kencing. Pesakit akan 
cuba membersihkan kemaluan dan setiap kali berhenti, 
dia akan terasa seperti
 masih ada kencing yang terkeluar dan proses basuhan
 belanjutan seperti tiada
 kesudahannya.
2. Mengambil wudu' dengan basuhan yang berulang-ulang
 seperti tiada kesudahan.
3. Mandi hadas dengan basuhan berulang-ulang seperti
 tiada kesudahan namun
masih tidak yakin dengan sahnya mandi hadas tersebut.
4. Mengangkat takbirratulihram (niat) yang berulang-ulang
 dengan muka
 yang amat tertekan.
5. Membaca basmallah dan Al-fatihah dalam keadaan 
yang amat sukar 
berulang-ulang sebutan ayat-ayat tersebut.
6. Ragu dengan kebersihan tempat dan barangan.

No comments:

Post a Comment